Thursday, April 9, 2009

Thursday, April 2, 2009

CABARAN KEPIMPINAN NAJIB

CABARAN KEPIMPINAN NAJIB
Abd. Manaf Ahmad
UMNO telah melepasi percubaan getirnya, apabila Dr. Mahathir dan Pak Lah berdakapan mesra dan Najib yang berada ditengah-tengah antara mereka berdua tersenyum gembira yang dikongsi bersama oleh bangsa Melayu di seluruh dunia. Peristiwa bersejarah ini disaksikan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia di dewan Merdeka dan di kaca TV di seluruh negara. Peristiwa penting yang berlaku ini seperti terjelma kenyataan ayat Quran yang selalu kita baca “Kesusahan itu akan berakhir dengan kemudahan” , jika kita bersabar menghadapinya.

Kehadiran Dr. Mahathir ke Dewan Merdeka semasa Mahyuddin sedang berucap, membawa seribu makna kepada peralihan kepimpinan UMNO daripda Pak Lah kepada Najib. Kehadiran Dr. Mahathir itu melambangkan sokongan beliau kepada kepimpinan Najib dan Mahyuddin. Peristiwa-peristiwa berikutnya mengukuhkan andaian ini kerana seluruh bangsa Melayu telah memberi sokongan padu kepada Najib dan Mahyuddin. Semua calun-calun yang kalah dalam pertandingan Majlis Tertinggi, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Putri telah berikrar akan memberi sokongan dan kerjasama kepada calun-calun yang menang demi perpaduan UMNO di bawah kepimpinan yang diterajui najib yang berganding dengan Mahyuddin.

Sokongan yang padu ini merupakan suntikan semangat kepada Najib untuk memimpin UMNO dan kerajaan BN dengan lebih berkesan lagi. Sokongan ini bukan sahaja untuk UMNO dan BN tetapi sokongan ini akan membawa kejayaan kepada pentadbiran negara yang hasilnya akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama.


Negara kita memerlukan kesetabilan politik dan ekonomi yang merupakan seperti anak kembar yang tidak boleh berpisah. Kesetabilan ekonomi bergantung kepada kesetabilan politik. Begitulah juga sebaliknya. Kesetabilan itu boleh membawa rakyat bergembira kerana dapat menikmati hidup dengan aman dan ceria.

Kesetabilan itu bergantung juga dengan barisn kabinet yang akan diterajui oleh Najib nanti. Ada sepulasi mengatakan bahawa bilangan anggota kabinet Najib nanti adalah kecil, namun ada pula yang berharap supaya bilangan anggota kabinet itu besar dengan harapan ada peluang dan tempat bagi calun yang menang dalam pemilihan majlis tertinggi UMNO baru-baru ini. Selanjutnya ada pertanyaan “Adakah pertandingan dalam majlis tertinggi itu bermotifkan jawatan kabinet atau untuk berkhidmat kepada rakyat?”

Sekarang ini semua orang sedang menunggu apakah akan dilakukan oleh Najib, selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas hari jumaat nanti. Siapakah orang pilihan beliau dan berapakah ramai bilangan menteri kabinet yang hendak dilantik nanti?

Isu ini sangat penting kerana kejayaan Najib pada masa hadapan bergantung kepada barisan kabinet yang boleh merialisasikan hasrat dan cita-cita mulia beliau hendak mengangkat mertabat negara ini. Barisan kepimpinan BN yang akan diterjemahkan dalam barisan kabitet Najib itu harus dilihat oleh kerajaan dan pembangkang dengan wajah positif. Beri peluang kepada kepada Najib selama seratus hari sebelum memuji atau mengkeritiknya.

Sementara itu ada pula pemerhati politik UMNO sedang memerhati ‘Siapa pula yang akan dipilih untuk membantu Najib dalam UMNO? Jawatan-jawatan penting yang perlu diisi dalam Ibu Pejabat UMNO ialah Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua penerangan. Sesetengah pihak berharap supaya Najib memilih tokoh yang tidak berjawatan dalam kerajaan memegang tiga jawatan penting tersebut supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuh masa kepada parti. Kesemua tiga-tiga jawatan itu sangat penting untuk menggerakkan jentera parti.

Pemimpin akar umbi berharap agar tiga jawatan terpenting dalam UMNO itu hendaklah diisi oleh sesiapa sahaja yang mempunai kepakaran dalam bidang masing-masing tetapi yang lebih penting tokoh-tokoh itu mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi terhddp UMNO.
Datuk Abd. Manaf Haji Ahmad Ketua Penerangan MUBARAK.